«

»

Mar 07

Siti Jarum Tempelak Bob Lokman


Semoga Bob Lokman tak pening



Pengacara dan penulis lirik Bob Lokman dah masuk Pas. Apa masalahnya? Bob boleh masuk mana-mana parti yang sah di sisi undang-undang. Nak masuk parti orang India, MIC pun boleh. Tapi Hindraf jangan sebab itu pertubuhan haram, sama dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Tapi Hindraf istimewa kerana boleh menyalak di jalan-jalan raya.

Jadi tak pelik sikit pun apabila Bob masuk Pas. Mungkin Pas pula rasa pelik kerana tiba-tiba gaya pakaian Bob mengalahkan orang Pas. Tapi tak mengapa, biasalah orang baru, gaya mesti lebih. Cuma Siti rasa pelik apabila Bob kata, dia masuk sebab nak cari kemurnian Islam sejati. Ini memang pelik sangat-sangat.

Bob juga kata, dia masuk Pas untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan tak mahu mati dalam dosa. Apa kena mengena Pas dengan dosa? Adakah Pas tempat menghapus dosa? Siti fikir bab ini Bob silap besar. Dia ingat masuk Pas seolah-olah sudah menemui kemurnian Islam sejati. Bob kena ingat, dia masuk parti politik, bukan masuk pondok atau pusat tahfiz.

Bob, awak masuk politiklah. Ini sama juga kalau Bob masuk UMNO, bukanlah untuk menjadikan dia lebih “Melayu”. Banyak juga orang UMNO hilang Melayu dan tak kenal Melayu. Kedua-dua ini hanya parti politik. Kalau Islam boleh jadi umpan, orang politik akan mempergunakan Islam. Orang politik akan menggunakan segala macam umpan untuk berkuasa.

Tengoklah macammana tiba-tiba MIC, sebuah parti orang India menjadi begitu prihatin dengan sastera Melayu apabila novel Interlok boleh memberikan imbuhan politik. Rasa-rasa berapa kerat orang MIC yang baca novel Melayu? Semua ini Bob kena hayati kerana politik boleh menghalalkan cara asalkan boleh berkuasa.

Siti fikir adalah lebih baik kalau Bob cakap nak berjuang politik bersama-sama Pas kerana Bob yakin strategi politik mereka. Tak adillah kalau Bob memberikan kenyataan yang mengelirukan mengaitkan dengan Islam. Bob, orang Melayu akan lebih percaya cakap Bob. Kesianlah kalau dia orang diberikan maklumat yang keliru.

Orang lebih percaya cakap artis daripada ulama. Artis kita pula boleh menyanggah fatwa ulama, misalnya bergomol macam kambing berasmara tak apa. “Fatwa” artis kata itu “sekadar lakonan saja.” Inilah yang bahaya.

Kalau Bob nak berubah kepada cara hidup lebih baik, Siti sangat mengalu-

alukan. Tapi berubah menjadi baik berbeza dengan berubah pentas. Dari pentas rock kepada pentas politik. Berubahlah dari dalam dan Bob masih boleh pakai jean, baju cop Pagoda dan terus berkarya.

Kalau berubah dari dalam lambat laun orang nampak juga. Tapi bila awal-awal lagi Bob dah menukar “seragam” baru, Siti bimbang Bob pening dan tak jumpa apa yang dicari. Walau apa sekalipun, Siti mengucapkan selamat datang ke pentas politik kepada Bob. Tapi ini bukan pentas rock tau, semua benda boleh berlaku dan jangan tanya kenapa berlaku.

SITI JARUM: Suka tengok badut politik tersengih-sengih memegang kipas.

Sumber: Utusan Malaysia



Pertama sekali eXception mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi kerusi DUN Kerdau dan Merlimau semalam, semoga kejayaan berterusan kekal menjadi milik Barisan Nasional selepas ini.

eXception menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Siti Jarum, walaupun Siti Jarum hanyalah kolumnis hiburan, tetapi pendapat yang dikemukakan mengenai isu Bob Lokman masuk PAS juga amat bernas dan sukar disangkal oleh akal dan fikiran yang logik.

Bukan bermakna eXception mahu Bob Lokman menyertai UMNO atau MIC mahupun MCA ataupun Gerakan… Tetapi jika Bob Lokman ikhlas mendekatkan diri dengan Allah, adakah dengan menyertai PAS satu jawapan dan cara terbaik?

eXception cadangkan agar Bob Lokman tinggalkan sahaja dunia hiburan, semua duit royalti dari hasil penulisan lagu serta duit lakonan beliau disedekahkan kepada Badan Kebajikan Islam serta rumah anak-anak yatim… Alasan Bob Lokman menyertai PAS untuk mendekatkan diri dengan Allah hanyalah retorik semata-mata… Jangan mempergunakan Islam demi politik… Jangan mengelirukan orang ramai dengan pendapat anda…

Kepada Bob Lokman, anda nak cari Allah, dekatkan diri dengan masjid, Al-Quran dan amal ibadat, dalam PAS anda takkan jumpa Allah…


2 comments

  1. kuntakintea

    poket tengah kembong kak siti! tunggu ajalah bila poketnya kempis nanti. Lagi pun dulu dia dah banyak buat dosa agaknya. Sekarang dia tengah dok minta ampun dengan Allah. Kalau Allah tak ampunkan dosa, dia boleh minta ampun dengan anak Allah. Kan Allah PAS ada anak…
    Nauzubillah hi min zalik

  2. lidey lim

    setuju!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>