«

»

Oct 27

Sotong Kurita Khurafat Akhirnya Mati


Sotong ‘Khurafat’ Paul Mati

Akhirnya sotong kurita yang bernama Paul yang membawa kepada kepercayaan khurafat tentang pasukan pemenang dalam perlawanan Piala Dunia telah mati.

Sotong tersebut mati di dalam akuariumnya berkemungkinan kerana stress dengan tugasnya yang selalu dipergunakan untuk melakukan perkara khurafat iaitu menilik pasukan mana yang akan menang dalam satu-satu perlawanan di dalam Piala Dunia.

Walaubagaimanapun kepercayaan khurafat terhadap sotong Paul ni telah berjangkit kepada PR terutamanya totok-totok PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi mempercayai perkara khurafat… Lihat sahaja gambar di bawah ini…



Ketaksuban melampau terhadap ‘kuasa’ sotong Paul melampaui kepercayaan terhadap kuasa Allah… Dek kerana terlalu taksub dengan sotong khurafat ini, maka direkanya gambar di atas kononnya sotong khurafat ini memilih PR… Keh keh keh keh… Ramai kalangan totok-totok PAS memuji ‘kebijaksanaan’ sotong tersebut memilih PR… Nama sahaja Islam, tetapi percaya kepada perkara khurafat…

Apapun, Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengenangkan jasa sotong Paul ini. Di sini aku ingin bagi satu idea yang bernas kepada Pusat Hidupan Laut Oberhausen cara untuk mengenang sotong khurafat ini, sila lihat gambar di bawah….



Di atas adalah cadangan paling bernas dari aku… ‘Kebumikan’ sahaja sotong ini di dalam kuali, jadikannya sambal sotong. Dek keenakan sambal sotong ini aku percaya ramai yang akan ‘mengingati’ keenakan sambal Paul, si sotong khurafat, jika di makan bersama nasi lemak dan kopi o…



7 comments

Skip to comment form

  1. ISAC

    Salam bro… Masak sambal sotong kurita dengan sotong panjang ti resipi dia lain sikit…. :)

    Paul sebenarnya "merana" dia kecewa sebab Pas menipu…Menipu rakyaat Malaysia tentang hukum Had, Qisas dan Hudud…

  2. eXception

    Tak kisahlah apa punca kematian sotong Paul, tetapi at least kematian dia dapat mengurangkan satu perkara khurafat di muka bumi ini… Iaitu mempercayai 'kuasa' sotong ini melampaui kuasa Allah… Akan tetapi masih banyak perkara khurafat di muka bumi ini terutamanya di Malaysia masih belum 'diselesaikan'. Iaitu ketaksuban kepada Tok Garu yang menganggapnya setaraf wali malah ada yang menganggapnya setaraf Nabi… MasyaAllah… Malah ketaksuban mengatakan undi PAS masuk syurga manakala undi BN masuk neraka juga semakin menjadi-jadi di kalangan totok PAS, seolah-olah syurga dan neraka itu di bawah 'kuasa' Tok Garu. Ini dah menyamakan Tok Garu setaraf Tuhan. Semakin lama Tok Garu ni hidup, semakin jauh totok-totok PAS ni tersesat… Semoga Allah segera menghapuskan ketaksubabn ini dan memberikan hidayah kepada semua totok-totok PAS supaya kembali ke ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran Islam PAS.

  3. Ir. Cacing Kerawit

    macam mana dengan zambry kadir??
    dia meletakkan ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya dalam kawasan parlimen K.Kangsar….tu satu perbuatan syirik…

    ancak ni satu "persembahan" kepada makhluk halus…maknanya dia dah memperduakan Allah SWT.

  4. eXception

    Cacing Kerawit, nko tau ke apa ancak tu? Orang dulu-dulu tak pernah letak atau tanam ancak kat tiang seri… Orang dulu-dulu hanya hanyutkan ancak ke sungai…

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Acak

    Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan kesungai.

  5. yuyie

    please lha kalau pas and PKR menang , memang kiamat lah weyhhh . btw . BN juga yg terbaik .

  6. Anonymous

    Tak meriah langsong la blog ni… cam bodoh jer…. syiok sendiri…hhuhuhuhuuhhuhuu…

  7. eXception

    Ohhhh… ye ke?? Kalo hang tau blog ni MACAM BODOH… Yang hang BODOH… BANGANG… BAHALOL… TOLOL… pi masuk apa pasai?? Atau hang sebenarnya YANG SYOK SENDIRI?? Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO