Suasana Pada Hari Terakhir Floria Putrajaya
Petang tadi eXception sempat merakamkan hari terakhir Floria Putrajaya 2012, sebelum acara ini menutup tirainya pada malam ini.
Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk orang ramai untuk membawa keluarga ke Floria Putrajaya… eXception dapat saksikan suasana pada hari terakhir ini lebih meriah dengan para peniaga berlumba-lumpa menawarkan diskaun untuk menghabiskan stok barang niaga mereka. Malah ada juga pengunjung yang memborong hingga 5 batang anak pokok buah-buahan untuk di bawah pulang.
Percayalah… Jika anda semua berkunjung pada hari terakhir Floria Putrajaya ini, anda pasti takkan pulang dengan tangan kosong, kecuali anda datang hanya untuk mengambil gambar sahaja. Jika anda merupakan peminat pokok-pokok hiasan, inilah masanya untuk anda datang ke sini. Banyak jenis pokok yang dijual antaranya pokok hiasan, pokok buah-buahan dan pokok herba. Selain itu ada juga dijual baja dan hormon penggalak tumbuhan.




























