«

»

Jun 17

Syarat Hashim Suboh sertai pembangkang…

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

“Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi.

“Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

“Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang.

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut.

“Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Sumber-Malaysiakini

Sudah menjadi satu trend di dalam UMNO di mana ada ahli kecewa kerana tidak dilantik ke mana-mana jawatan penting dalam parti, mahu menyertai parti pembangkang. Boleh nampak perjuangan dia dalam UMNO ni tak ikhlas dan semata-mata kerana pangkat, jawatan dan projek. Kalau bagi jawatan-jawatan penting serta projek-projek yang melimpah ruah, maka setialah dia bersama UMNO, jika tidak, dia akan sertai pembangkang. Maka orang seperti ini selayaknya ditendang keluar dari UMNO. Oleh itu diharap Datuk Seri Najib yang merupakan Presiden UMNO supaya membuat siasatan mana-mana ahli yang tak setia pada parti, agar dibuang sahaja.



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO