Dr. Mahathir terima Anugerah Keamanan Global
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima Anugerah Keamanan Global daripada Yayasan Ramadhan iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari United Kingdom.
Anugerah berkenaan disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada masyarakat Islam selain inisiatif memperjuangkan keamanan di peringkat global.
Ia disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ramadhan, Muhammad Umar pada Majlis Makan Malam Anugerah Gala Konvensyen Antarabangsa Uniti Muslim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Selain Dr. Mahathir, yayasan berkenaan turut memberikan anugerah kepada Yayasan Al-Bukhary untuk khidmat kepada ummah dan Allahyarham Ubaidulla Kadir Basha untuk khidmat beliau dalam bidang kemanusiaan dan pencapaian seumur hidup.
Dalam ucapannya, Dr. Mahathir menyeru supaya semua umat Islam mengetepikan perbezaan dan bersatu-padu demi keamanan sejagat.
Tahniah diucapkan buat Che Det kerana dianugerahkan dengan Anugerah Keamanan Global. Sememangnya Che Det layak mendapat anugerah tersebut kerana sepanjang beliau menjadi PM dan sepanjang persaraan beliau. Che Det tak henti-henti menyelar tindakan zalim Amerika dan Zionis.
Semoga dengan anugerah yang diterima ini makin membakar semangat Che Det untuk terus mengkritik dan menyelar dasar zalim Amerika dan Israel. Semoga Allah memberi rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada Ayahanda Che Det…. Amin….















9 comments
Skip to comment form ↓
lagenda
December 17, 2009 at 7:29 am (UTC 8) Link to this comment
Salam Ziarah………
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TUN
eXception
December 17, 2009 at 7:42 am (UTC 8) Link to this comment
Ya… Tahniah kepada Tun, teruskan melazer Amerika dan Israel…. Kami masih memerlukan Tun…
armouris
December 17, 2009 at 7:44 am (UTC 8) Link to this comment
Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? – Rahsia Muda Dr. Mahathir
Jeffry
December 17, 2009 at 7:51 am (UTC 8) Link to this comment
SLM BRO..MMG SELAYAKNYA TUN DPT ANUGERAH TU SBB DIA BERHAK ATAS USAHA DIA MEMBANGUNKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. TAK MCM SI PENJUBOR TEGAR TU. ANUGERAH TAH HAPE2. KAKI JOLOK BLAKANG PUN BLEY DPT ANUGERAH??..ANUGERAH FILEM BLUE BLEY LAAA KEHKEHKEH
eXception
December 17, 2009 at 9:00 am (UTC 8) Link to this comment
Rahsia awet muda Tun, tentulah cara pemakanan yang sihak hisap rokok… He he he he….
Tq Jep sbb bg komen, Al-Jub tu hanya layak dpt anugerah peliwat je…
Anonymous
December 21, 2009 at 5:28 am (UTC 8) Link to this comment
Nyesal taksudah aku ngundi BN…. binasa negara dibuat, dapat MP yang makan gaji buta.
70% tak datang ish…ish! Bung Mokhtar Radin tengah mabuk kot? Sian kat Zizie… tak handsome pun takpe asalkan dapat Kenabatangan!
Anonymous
December 21, 2009 at 5:31 am (UTC 8) Link to this comment
Kenapa MP Kenabatangan menafikan perkhawinannya dgn Zizie… apakah ini sindrom penafian kebenaran yg sentiasa di bibir pemimpin UMNO?
Mujur MP Parit Sulong buat pengakuan… mempertahankan hak wanita! mana pergi Menteri Wanita, KakJat kite… tengah betulkan tudung ke? Sorok rambut ke… tonjolkan jambul?
Gini la MP BN….
eXception
December 31, 2009 at 6:49 pm (UTC 8) Link to this comment
Agaknyalah Anon, siapa yang nak mengaku…
Builder
January 7, 2010 at 7:56 am (UTC 8) Link to this comment
As I'm sure you know, the Nobel Committee recently awarded the Nobel Peace Prize to the IPCC and Al Gore for their work on global climate change. I think that climate change is a major problem facing society, but I don't see the link between climate change and peace.