«

»

Nov 06

Terkini: Laporan Banjir Di Kedah Sehingga Jam 4.30 PM


Laporan Terkini Banjir Kedah: Paras Air Dan Penutupan Jalan – 6 Nov 2010. Jam 4.30 PM

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang, tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan, manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga; Pokok Sena, 1,480 mangsa daripada 250 keluarga; dan Pendang, 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. – Bernama

Berikut adalah laporan berkenaan keadaan paras air di beberapa sungai di Kedah (kredit kepada Jabatan Pengairan & Saliran) dan laporan jalanraya yang masih ditutup akibat dinaiki air serta rosak akibat banjir (kredit kepada Jabatan Kerja Raya).

P/S: Sila klik imej untuk besarkan paparan…
P/S: Hingga kini Harakah Daily Online masih gagal memaparkan laporan terkini banjir di Kedah… Apa wartawan Harakah buat? Tido??


Laporan Paras Air Di Beberapa Batang Sungai Di Kedah

Laporan Jalan Yang Masih Ditutup Akibat Banjir Di Kedah


Kepada yang ingin ke Kedah atau henda keluar dari Kedah, sila gunakan laluan alternatif yang dicadangkan oleh JKR.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>