«

»

Jun 15

Tinjauan: 80% tolak Chin Peng balik

Lapan puluh peratus dari 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan
pulang atau diberi kerakyatan.

Ketua pengarah jabatan tersebut Datuk Abdullah Morad berkata, kaji
selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan bekas pemimpin atasan Parti Komunis Malaysia (PKM) itu pulang atas aspek kemanusiaan, lapor Bernama.

“Kajian mendapati rakyat semua kaum tidak dapat menerima Chin Peng kerana kekejaman yang pernah dilakukannya sewaktu zaman darurat dan selepas negara mencapai kemerdekaan,” beliau dipetik berkata selepas merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Singkir Laut dekat Yan hari ini.

Katanya, kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng dibenar pulang atas alasan kerajaan pernah membenarkan beberapa anggota komunis pulang ke tanah air “hanya akan menimbulkan kekeliruan”.

“Negara boleh menjadi porak peranda dan rakyat akan terkeliru jika isu Chin Peng terus dimainkan oleh pemimpin politik pembangkang sebagai modal meraih simpati.

“Walaupun rakyat menolak hasrat kepulangan Chin Peng, tetapi masih ada pihak tertentu terutama pemimpin politik menjadikan ia sebagai isu,” kata Abdullah seperti dilaporkan.

Tambahnya, rakyat dari semua kaum yang cintakan negara ini haruslah menghormati Rukun Negara dan keputusan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang. (Malaysiakini)

Dah terang lagi nak bersuluh. 80 peratus tak mahu Chin Peng balik. So nak apa lagi pada Chin Peng? Apa ada pada Chin Peng? Seorang bekas ketua pengganas… Semua orang tahu. Apa bakti dia? Menentang pendudukan Jepun? Atas dasar apa? Sudah tentu mahu menjadikan Malaya negara komunis. Ramai yang dah tentang kepulangan Chin Peng. Apa lagi Anwar mahukan dari Chin Peng?



2 comments

  1. Beyta

    sala.. sekadar berkongsi pendapat… harus dikaji kembali (seluruh rakyat Malaysia) bahawa ideologi komunis ini sebenarnya dibawa oleh orang2 Yahudi bg tujuan untuk menguasai dunia dibawah satu payung pemerintahan iaitu Dajjal. Hasrat Ds Anwar untuk membawa balik Chin Peng mungkin adalah arahan dari perancang Iluminati sendiri.. Harus diingat, saya bercakap bukan kerana politik.. tetapi, membela bangsa… dengan kehadiran Chin Peng dan Ds Anwar.. ia akan memperkukuhkan lagi kekuasaan Yahudi di Malaysia.. kerana kedua mereka merupakan agen illuminati terbesar di Asia.. Yahudi berpendapat untuk masuk ke Asia melalui Malaysia.. Tetapi Ds Anwar masih gagal… Lihat lah sekarang ape yg telah jadi di Selatan Thai… fikir-fikir kan…

    http://beyta.mymmc.net

  2. eXception

    Betul apa yang dikatakan Beyta… terima kasih atas komen anda.

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO