«

»

Jun 09

Tukar nama Sister in Islam kepada Sister in Malaysia – Pemuda PAS

Jun 9, 09 1:26pm

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada “Sisters in Malaysia” jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label “Islam” pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika “mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif.”

“Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai,” kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.

“Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis.”

Nasruddin, seorang ustaz kelulusan Mesir, terus menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

“Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan DAP dan PKR semalam yang menggesa PAS menimbang semula usul tersebut yang dianggap tidak demokratik dan bercanggah dengan hak-hak asasi.

Ahad lalu, muktamar ke-55 parti itu meluluskan 12 usul tanpa dibahas, antaranya menggesa NGO wanita itu disiasat oleh majlis fatwa dan mengharamkan jika didapati bertentangan dengan Islam.

“(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

“Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya,” usul tersebut dipetik.

sumber – malaysiakini
(terima kasih AIDC)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *