«

»

Nov 01

Wajarkah Gelaran ‘First Lady’ Digunakan Oleh Raja Permaisuri Agong?


Gelaran ‘First Lady’ Merendahkan Martabat Raja Permaisuri Agong



Wajarkah gelaran First Lady digunakan untuk Raja Permaisuri Agong? Ramai kalangan pembangkang sibuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Datin Seri Rosmah menggunakan gelaran tersebut. Mungkin timbul hasad dengki mereka apabila isteri-isteri mereka kempunan menggunakan gelaran tersebut…

Di dalam wikipedia (en) First Lady membawa maksud:

First Lady or First Gentleman is the unofficial title used in some countries for the spouse of an elected head of state. In the United States, it is also used for the spouse or partner of a governor or mayor. It is not normally used to refer to the spouse or partner of a prime minister or head of government.

Jelas di sini penggunaan gelaran First Lady kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak wajar kerana Yang Di Pertuan Agong bukan dipilih melalui pilihanraya… Tetapi mengikut giliran yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapa Queen Elizabeth tidak menggunakan gelaran First Lady? Mengapa Sultanah Brunei tidak menggunakan gelaran First Lady? Sebenarnya gelaran First Lady ini kebiasaannya diguna pakai untuk isteri kepada Presiden dalam sesebuah negara… Jika ia digunakan untuk Raja Permaisuri Agong ini jelas merendah-rendahkan martabat Baginda Permaisuri kerana kedudukan Baginda Permaisuri adalah lebih tinggi dari kedudukan First Lady…



Gelaran ini juga jarang digunakan untuk merujuk kepada isteri kepada Perdana Menteri atau isteri kepada Ketua Kerajaan (Head of Government). Manakala Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Negara (Head of State). Kewajaran Datin Seri Rosmah menggunakan gelaran Firt Lady untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi adalah tidak wajar, ini kerana gelaran tersebut hanya merujuk kepada isteri Presiden, sedangkan Malaysia bukan negara Republik.

Rujukan

Yang di-Pertuan Agong(BM)
Yang di-Pertuan Agong (EN)
Raja Permaisuri Agong (EN)
Raja Permaisuri Agong (BM)
Prime Minister of Malaysia
PM: Kedudukan ‘wanita pertama’ bawah Permaisuri
PM: Status Raja Permaisuri bukan wanita pertama
First Lady


2 comments

  1. khairul

    setuju

  2. khairul

    setuju

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO

Switch to our mobile site