«

»

Jul 19

Wajib menghukum ikut hukum Allah


Soalan:

Saya keliru dengan keadaan sekarang. Sebagai umat islam adalah wajib menjalankan hukuman berlandaskan hukum Allah. Contohnya hukuman mencuri dipotong tangannya dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia perintah Allah. Tetapi kenapa ada yang mengatakan kalau mencuri kita tak payah memotong tangan tetapi lebih baik kita berikan kerja.

Seolah-olah pendapat ini menyangkal perintah Allah. Apa komen Datuk? Adakah pandangan supaya pencuri diberi kerja lebih baik daripada apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran? Tidakkah kenyataan itu seolah-olah kita menidakkan perintah Allah? Apakah hukum mereka yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah, sedangkan semua tahu adalah wajib menghukum dengan hukum Allah?

RYN
Seberang Prai

Jawapan Dari Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Tidak ada seorang Islam pun yang akan menyangkal apalagi mempertikaikan bahawa semua hukum yang diturunkan Allah itu wajib dipatuhi. Hukum tetap diterima hukum, cuma yang menjadi perbezaan pendapat ialah cara kita melaksanakan hukum berkenaan supaya menepati tuntutan agama.

Orang Islam perlu faham roh, hikmah dan matlamat dalam setiap perlaksanaan perintah Allah supaya Islam tidak menjadi fitnah. Justeru, Saidina Umar pernah memberhentikan hukuman hukuman potong tangan kerana menyesuaikan dengan keadaan ketika itu.

Roh disebalik setiap undang-undang ialah memastikan berlaku keadilan pada semua pihak, perlu cukup bukti saksi sebelum pendakwaan. Hikmah dan tujuannya pula ialah membendung gejala buruk dalam masyarakat. Disyariatkan pula taubat supaya ada ruang untuk pesalah menginsafi diri dan tidak semata-mata terus dihukum.

Bahkan hadis Rasulullah SAW daripada Aisyah RA jelas menyebut: “elakkan hudud daripada orang Islam selama mana termampu, jika ada ruang untuknya lepaskanlah, bagi seorang hakim tersalah memaafkan adalah lebih baik daripada tersalah menghukum.” (riwayat Hakim)

Begitulah besar dan luas pandangan Islam daripada pandangan manusia yang ghairah mahu menghukum, walhal banyak lagi mengenai rahmat dan keindahan Islam yang perlu kita bongkar.

Sumber: Metro Ahad 12 Julai 2009 (Ruangan anda Musykil oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim)

Penerangan Datuk Dr Mashitah Ibrahim ini amat-amat bermakna. Tetapi aku pasti kalangan penyokong PAS akan mengatakan Datuk Dr Mashitah Ibrahim ini bukan ulama PAS, tetapi ulama UMNO. Aku juga pasti ramai kalangan penyokong PAS enggan menerima penerangan ini dan terus berdolak-dalik da mencerca Datuk Dr Mashitah. Apapun aku akan berusaha mencari hadis ini. Diharap kalangan bloggers BPN yang membaca artikel ini dapat membantu aku mencari hadis ini di Internet. Ianya penting untuk menyangkal dakwaan PAS yang mengatakan UMNO kafir sebab tidak laksanakan hudud. Jika anda menjumpainya, sila berikan link tersebut melalui ruangan komentar artikel ini. Terima kasih.


1 comment

  1. Anonymous

    Datuk Dr Mashitah Ibrahim? ehehehhe dlu aku suke dengar dia berceramah..sedap didengar
    lama kelamaan malas la nak dengar ade unsur2 keduniaan lebih
    dlu pakai tudung labung skang dah makin singkat silang2 lg…make-up pun dah tebal sket
    hikhikhik lengan dah xbersarung cam dlu…gelang emas besar gabak cam sengaja nak tunjuk
    ehehehe so korang renung2 la ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>