«

»

Jun 22

Wee Choo Keong Hentam PAS. Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja Tak Mampu Membalas.


Pas patut malu besar nikmati hasil aktiviti haram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo’lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo’lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa ‘hasil haram’ yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

“Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

“Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka,” katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo’lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo’lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik ‘dua alam’ Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

“Perangainya sekarang membuktikan pendirian ‘cakap tak serupa bikin’. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi ‘suci dalam debu’, lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian),” tegasnya.

Terima Kasih: Utusan Malaysia

Tahniah kepada Wee Choo Keong, kerana berjaya membuatkan Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja gagal menjawab pendedahan yang dibuat oleh beliau. Mereka berdua hanya mampu membantah dengan mengatakan kenyataan Wee Choo Keong mengelirukan akan tetapi bantahan tersebut ditolak YDP Dewan Rakyat.

Akhirnya Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja hanya menelan air liur kerana tak dapat menentang pendedahan tak terduga oleh Wee Choo Keong. Pesanan aku buat Dr Lo’ Lo’, jangan berlagak jaguh jika tak tahu fakta. Satu lagi, tolong hormati wakil lain membentangkan usul, jangan mencelah dan membantah. Akhirnya jerat memakan diri… Anda tak mampu menangkis hujah-hujah Wee Choo Keong atau menafikannya…

Itulah sikap PAS, kuman seberang laut nampak jelas. Gajah kat depan mata buat-buat tak nampak… Kesalahan orang segera dicari hingga ke lubang cacing. Kesalahan sendiri sampai dah membusuk jadi pekung bernanah masih tak peduli… Takkan tunggu orang tegur baru nak berubah?



2 comments

  1. Cencaluk

    Pendedahan demi pendedahan keburukan PAS dilakukan namun begitu tahap pemikiran warga Kelantan tetap tahap tu juga.

    Warga Kelantan umpama merempat dinegeri orang.

    Warga Kelantan boleh disamakan dengan PATI.

    Lihat dan perhatikan kebenarannya.

    Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) hidup merempat dinegara mereka tetapi apabila berada diMalaysia mereka sungguh mewah bahkan boleh mengumpul harta di negara mereka.

    Warga Kelantan hidup merempat dinegeri mereka jangankan pembangunan nak dapatkan air bersih pun cukup siksa, tapi mereka ini merantau kenegeri lain untuk mencari rezeki dan ternyata mereka berjaya dan hidup mewah.

    Namun begitu sifat kenegerian mereka yang cukup tebal itu telah menyusahkan warga kelantan yang masih berada di sana. Manakan tidak menjelang pilihanraya mereka tak kira dari swasta mahupun kakitangan awam akan balik mengundi ditempat mereka dan menghasilkan keputusan yang sama dan kemudian balik ke tempat penghijrahan dan membuat tuntutan perjalanan kerana mengundi tanpa memikirkan nasib warga kelantan yang menetap disana.

    Jika kita perhatikan kebanjiran PATI pada masa cuti di KL amat merisaukan namun begitu kebanjiran warga Kelantan ini sudah lama berlaku dari sekitar tahun 90 an lagi ketika aku masih remaja lagi setiap hujung minggu warga Kelantan akan keluar dan melepak di Pasar seni dan sekitar Cow kit dan kini ianya digantikan oleh PATI.

    Bukankan betul kalau kita katakan WARGA KELANYAN INI SELAYAKNYA DIPANGGIL PATI?

  2. eXception

    Apa leh buat, segala duit pembangunan dicilok oleh pemimpin PASik. Bila Kerajaan pakat nak bg direct wang ihsan minyak melalui rakyat, pemimpin PASik marah. Ye lah, duit tu kalo salur kat diorang dulu dah tentu rakyat dapat merasa 5% sahaja dari duit tsb, selebihnya dijoli oleh kepimpinan PUKIMAK PASik…

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO