«

»

Aug 13

“Yang Islam tu UMNO, kami bukan” – Nik Aziz


Tajuk tersebut agak pelik untuk dibaca tetapi itu bagaikan ‘metaphore’ yang digambarkan Nik Aziz melalui kenyataannya, ” DAP boleh hina Islam “.

Apabila dikatakan DAP boleh menghina Islam atas dasar ‘tidak faham’ mereka ke atas agama Islam itu sendiri, PAS yang kononnya membawa DAP mengenali Islam lebih dekat, sedang meludah ke langit.

Dahulu, sebelum PAS ‘bernikah’ dengan DAP, tidak ada ekstremis Cina yang terfikir untuk membuat kenyataan terbuka menghina Islam seperti apa yang berlaku selepas 1 tahun setengah, DAP dan PAS berkahwin .

Mengapa DAP semakin tidak faham Islam setelah ‘bernikah’ dengan PAS? Adakah kesalahan itu terletak pada UMNO? Sedangkan isu UMNO ‘menolak Islam’ berlaku itu telah berlalu berzaman-zaman yang lalu.

Ia umpama isu kafir untuk ‘kerjasama dengan bukan Islam’ yang dilaungkan PAS satu ketika dahulu.

Adakah DAP semakin mengenali Islam setelah bekerjasama dengan PAS? Hakikatnya, DAP semakin membenci Islam dan semakin berani menghina Islam dan penganutnya setelah mereka dapati PAS berada dalam genggaman mereka.

Atas dasar apa orang tua berjubah, berserban ini mengatakan bahawa DAP berani menghina Islam kerana orang Islam sendiri menolak Islam? Hari ini, benarkah UMNO menolak Islam?

Pemimpin PAS yang bodoh, memprbodohkan lagi penyokong mereka dengan mengatakan UMNO mempertahankan perlembagaan kafir. Padahal mereka sedar, tanpa sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat, manakan dapat perlembagaan itu dipinda. Dan mereka menyembunyikan fakta bahawa jika UMNO dan PAS serta beberapa wakil rakyat ‘yang kononnya Islam’ itu bersatu, maka 2/3 itu boleh diperoleh dan pindaan ke atas perlembagaan dapat di buat. Siapa yang munafik?

Dalam isu pokok, sudah cukupkah PAS sebagai ‘orang rumah’ DAP membuat penerangan bagi membolehkan Cina-cina freethinker ini memahami Islam?

Penulis ingin bertanya, dalam hubungan PAS dan DAP, siapa suami siapa isteri? Siapa memberi dan siapa diberi? Siapa ketua, siapa pengikutnya? Mengapa bila timbul isu seperti penghinaan ke atas Islam, PAS dengan keji menunding jari ke atas UMNO?

Di dalam UMNO, belum ada Melayu atheist tidak seperti di dalam Pakatan Rakyat. Melayu-melayu Kristian yang dikecam perlembagaan pun bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Maka keberanian DAP menghina Islam atas faktor Melayu dalam pemerintah kah, atau Melayu-melayu dalam Pakatan Rakyat?

Sendiri mau ingat la Nik Aziz. Oh, teman lupa, miker dah nyanyok. Jadi, tolong diam! Kali ini betul-betul hou liau. Nampaknya kini, seakan-akan mengundi PAS itu menempah untuk masuk neraka, dan mengundi UMNO kerana ingin mencium bau syurga!

Siapa di sebalik pembinaan kompleks gereja terbesar di Asia Tenggara ini? BN atau PR?

Petikan dari blog: IPOHMALAY

Nik Aziz sudah menjadi ulama free-thinker. Ulama 3 dalam satu. Ulama kpd PAS, Ulama kepada DAP dan Ulama kepada PKR. Malah Nik Aziz juga Ulama kepada semua agama, baik Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain… Sebab itu Nik Aziz tidak membantah DAP menghina Islam, kerana pandangannya bukan berdasarkan sebagai orang Islam, tetapi pandangan seorang kafir. Ya seorang kafir selayaknya. Hanya kafir sahaja membenarkan Agama Islam dicaci, dimaki dan dicerca. Sebagai orang Islam, kita wajib mempertahankan agama kita dari dihina oleh orang kafir. Hanya orang kafir sahaja menghina agama Islam.


8 comments

Skip to comment form

  1. ajijasin

    salam alaikum…

    memang sedap membantai menghentam membelasah org lain!!!
    MANA PERGINYE PEJUANG PENDOKONG
    KEPALA2 DALAM UMNO!!!

    LEBIH2 LAGI YB2 UMNO YG KONONNYA MELAYU LAGI ISLAM!!!

    yg kena bantai!!!
    kena hentam!!!
    kena belasah pun dok "relaxxxxx aje!!!
    takut tak dapat jadi calon YB ke lagi!!!
    memang aku pelik perangai
    KEPALA2 DALAM UMNO
    DAN YB2 UMNO NI!!!
    ENTAH APA YG TERSUMBAT DAN DISUMBAT
    KAT DALAM BATANG LEHER MASING2
    TU TAK TAU LA AKU!!!

    EEIIIIIIII…..
    UMNO ADA 191 KEPALA BAHAGIAN
    70 ORG YB MELAYU ISLAM!!!
    TAKKN SORANG PUN…
    TAK ADA YG KEPALA GILA2 SIKIT PUN!!!
    NAK SERGAHHHHHHH NIKOL AJIS DAN
    DAP KAPIR HARBI LAHANAT TU!

    ISLAM NI DAH 1400 TAHUN LEBIH!!!
    SAMPAI KAT TANAH MELAYU NI DAH 400 TAHUN LEBIH!!!

    TAKKN NAK IYAKAN DAN BIAOKN
    CAKAP NIKOL AJIS TU!!!
    NAK TUNGGU SAMPAI PM TPM BUKAK MULUT BARU NAK MASING2 NAK BERSUARA!!!
    POOOOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHH!!!

    ITU PUN NAK KENA AJAOOOOOO KE!!!

    JANGAN JADI KEPALA KEPALA UMNO
    YB2 MELAYU ISLAM
    MACAM…
    BURUNG TIUNG BURUNG KAKAKTUA LA!!!
    DOK ULANG2 CAKAP ORG!!!
    JANGAN JADI AYAM DIDIK MAKAN KAT TAPAK TANGAN!!!

    AKU INGAT KEPALA2 DAN YB2 UMNO MELAYU ISLAM NI!!!
    TAKUT DAN TAK GHETI NAK CAKAP PASAL
    MARUAH ISLAM!!!

    TOLONG BUKAK MULUT!!!
    SERGAH BANTAH CAKAP NIKOL AJIS TU TERANG2
    JANGAN BERSUARA BISIK2 BALIK TELINGA PUN TAK DENGARRRRRR!!!

    TAK PAYAH LA KEPALA2 DALAM UMNO
    IKUT RENTAK NAK BUAT DEMO BESAO2!!!
    MASING2 BUAT SIDANG AKHBAR DAH CUKUP BAIK!!!
    BANTAH BELASAH BANTAI NIKOL AJIS TU!!!
    JANGAN INGAT DIA TOK GURU
    BOLEH CAKAP SEMBARANGAN!!!
    MACAM ORG LAIN TAK GHETI PASAL AGAMA…
    PASAL ISLAM!!!
    ISLAM KAT TANAH MELAYU NI DAH
    400 TAHUN LEBIH!!!
    ADA FAHAM TAK!!!

  2. eXception

    Sape kata YB UMNO tak bersuara? TPM dah bersuara, mengatakan kenyataan Nik Aziz tak konsisten. Mereka semua tahu kata-kata Nik Aziz hanyalah gimik politik PAS.

  3. YANG GAMBI

    Salam,

    Tempat YB-YB UMNO dalam Dewan untuk bersuara, sebab itu dia orang dipilih untuk jadi Wakil Rakyat, bukan melalak dijalanan serupa anjing buruk kepala, hasut orang kampung siang malam, tanggungjawab kepada rakyat entah kemana…..

  4. eXception

    Ya betul Yang Gambi… Tepat sekali katakata anda itu…

  5. Aku Melayu ISLAM

    Assalamualaikum
    Bg sy Kalau PAS & UMNO bersatu, sudah sampai masa Orang Melayu Menjadi Tuan Tanah Tumpah kita ini… menjadi kuasa 2/3 yang pemerintahnya Melayu ISLAM… Kalau itu dapat kita laksanakan.. DAP ke MIC ke MCA ke Gerakkan Ke itu suma dah x payah… Hidup Melayu Hidup Melayu

  6. ajijasin

    salam alaikum…

    alahaiii…
    takkn semuanya nak tunggu dewan brsidang baru nak cakap…

    nak tunggu wartawan tanya pulak…

    takut tunggu punye tunggu
    kat dalam dewan pun
    dah terlupa nak cakap pulak
    pasal isu nikol ajis tu!!!
    asyik brcakap pasal pembangunan itu dan ini!!!

    nak tunggu dewan bersidang pun ntah bila!!!

    cerita pun dah dok sejuk balik!!!
    nak cerita pun dah tak ada ummmph!!!

    dan mungkin dah timbul pulak isu lain yg semakin berlambak2 nak jawab balas!!!

    ini isu agama bukan isu pembangunan…
    isu agama kena sambut dgn spontan dan yakin!!!
    bukan bermaksud main hentam keromo!!!
    tapi…
    kena jawab secara spontan seperti kita yg hari2 ni dok belasah bantai si nikol ajis ni…

    KATA MEMBELA AGAMA!!!
    BANGSA !!!
    DAN NEGARA!!!

  7. ikutsukakula

    aku cuma nak bagitau kisah benar…
    seorang sahabat aku yg dah dikenal pasti penyokong tegar PAS ari ni menung bodoh bila aku tanyakan naper Nik Ajiz cakap cam tu.. tengok plak gamba Hassan Ali peluk Uncle Roni… yg aku dengar dari mulut dier,..isk..isk… tak tau la gamba tak cantik ke aper…..
    insyallah kalu penyokong tegar macam kawan aku ni boleh berubah ..aper lagi penyokong daun lalang …

  8. eXception

    Pertama sekali, ajijasin. Seeloknya berdiam diri dulu dari keluarkan kenyataan. Kita harus sedar apa yg dikatakan Nik Aziz tu hanyalah percakapan berdasarkan politik sahaja. Dia dah celaru, maklumlah orang dah tua. TPM dah pun buat kenyataan. Keputusan dah dibuat utk mendakwa Siew Fook dgn Jeff Oi di bawah Akta Hasutan. Kenyataan Nik Aziz tu dah lama kedengaran, sejak isu mengkafirkan UMNO lagi. Yang perlu ditentang skrg bukan Nik Aziz, tetapi DAP dgn Anwar, mereka ini dalang yang menghasut Nik Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>