Kemungkinan Satu Lagi Parti Keadilan Akan Ditubuhkan
Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan ‘Keadilan Baru’ jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.
Zaid (kanan) berkata beliau tidak akan bersara diri daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.
Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.
Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.
Bercakap kepada kira-kira 100 orang hadir pusat pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya “kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang.
Ha ha ha ha ha… Buruk rupa orang tua merajuk tapi itu lah apabila Zaid kecewa dengan corak pentadbiran PKR… Baru sekarang dia sedar? Kitaorang dah tau lama dah…
Apapun terpulang lah kat Zaid nak tubuhkan parti apa, asalkan perjuangan dan matalamat asal tak menyimpang…













